THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES

Sunday, January 16, 2011

16.1.2011

pejam.. celik.. pejam.. celik..
tup tup dah genap 1 tahun jodoh aku dengan, Alhamdulillah, terima kasih ya ALLAH kerana dengan kehendak-Mu di pertemukan juga aku dengannya. Hanya 1 harapan ku semoga jodoh ini di kekalkan sehingga masanya tiba untuk ku meninggalkannya.

dulu pelbagai persoalan bermain-main fikiran terhadap mu, mewahkah,cantikkah, besarkah, terkenalkah, kini semua nya telah terungkai. kenangan terindah tercipta satu persatu. kenangan terpahit terbit menghantui. setiap kenangan yang ditempuhi mempunyai maksud yang mendalam dihati.

sebelum SPM::..
meronta-ronta hati ku inginkan mu.. setiap surat ku utus di iringi doa semoga kita berjodoh.
istikarah juga telah dilakukan semoga pilihan ku tidah terpesong. pada masa yg sama belajar tidak ku ketinggalan untuk mengekal kan prestasi cemerlang semoga dipilih oleh mu..

DISEMBER 2010::..
Hari demi hari ku tunggu keputusan mu  untuk melamar atau meminang ku dengan penuh sabar. solat hajat dan doa tidak pernah lekang dilakukan oleh ku tp ternyata semuanya hampa. bertambah berkecamuk hatiku pabila semua rakan-rakan ku telah dilamar. ok lah aku mengalah.

JANUARI 2010::..
Ku harap semua nya dapat ku lupakan tetapi semakin ingin kulupakan semakin pedih hati ku pabila rakan ku dilamar dulu oleh nya. dengan sedikit keberanian tercebis di hati berbekal kan keteguhan hati ku bertanya padanya. rupa-rupanya usaha ku tenyata tidak sia-sia. panggilan ku ditunggu-tunggu olehnya. bedebar-debar hatiku disaat kau melafazkan kenyataan itu. tanpa ku sedari air mata ku mengalir. perasaan gembira itu tidak dapat dibendung lagi lantas kusegera berkongsi berita gembira ini dengan keluarga ku. perginya aku kepadamu diiringi air mata gembira keluarga ku dengan penuh pengharapan untuk ku berjaya.

terima kasih kerana memilihku..




0 comments: