THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES

Friday, February 4, 2011

CINTA ADIK TERHADAP ABANG

"AKU RINDU ABANG" 


itulah kata-kata yang dapat aku ucapkan buat masa ini. dah lama aku rasa x 'bermanja' dengan abang disebabkan beberapa keadaan. aku rindukan setiap perbuatan dia, kasih sayang dia, tanggungjawab dia. aku bersyukur sangat kerana aku di kurniakan seorang abang macam dia.

...:::aku seorang bekas pelajar sekolah berasrama, jadi memang aku jumpa abang aku 1 bulan sekali jer, abang la antara orang yang memberi support dekat aku sehingga aku dapat berpijak di tempat jarang-jarang orang dapat. aku masih ingat lagi insinden yang berlaku ketika dia nak menghantar aku ke sekolah. berlaku la insiden yang tidak diigini, kereta kami terlanggar buntut kereta orang. sebagai ganti kami kena bayar rm150. masa tu abang aku baru je dapat gaji(kerja lps spm). gaji dia bukan banyak pun 200 jer. dia bayar segala ganti rugi tu dengan duit dia. jadi aku rasa sangat bersalah. aku bagi duit belanja aku, nanti sampai sana aku boleh keluarkan duit biasiswa. tapi dia tolak, alasan nya duit itu untuk aku belajar.

...:::bila aku masuk universiti lagi lar. 3 bulan sekali baru aku balik rumah.itupun cuti seminggu dua je. pada saat ni la aku rasakan hubungan aku makin renggang. abang aku makin sibuk dengan pelajarannya. bila aku balik seminggu, 2 hari jer aku dapat jumpa dia. itupun kejap jer. aku tau abang aku sibuk nak exam tahun ini kerana dia pun nak masuk u jugak macam aku. satu lg, abang aku ini selalu je kurang nasib baik bab-bab duit. macam adik-adik aku yang lain semua ada biasiswa dan sebagainya tapi abang aku selali je terlepas bab-bab ini. kiranya aku balik jarang-jarang aku belanja dia makan kfc. harap-harap dia gembira. kawan-kawan abang aku selalu ajak makan kat luar, abang aku keluar tapi minum air kosong je. kadang-kadang kawan dia belanja tapi xkan hari-hari kawan dia nak belanja kn. kadang-kadang kalau masa tu aku ada kat rumah aku bagi duit aku. harap-harap dia gembira.

...::hari itu masa aku pulang raya rumah abang aku tiada juga. dia banyak habiskan masa kat sekolah kerana exam dah nak hampir. aku xsempat lansung bergurau senda dengan dia, sedangkan aku amat rindu kan hilau tawa dia yg membuat semua orang ketawa.abang aku menjadi orang yang serius. baru ini ibu aku bagi tahu yang cikgu selalu jer minta yuran ngan abang aku. baru aku tahu yang abang aku masih belum bayar. selama ini duit selalu disalurkan untuk aku ngan adik aku yang sekolah jauh. aku tahu dia sengaja xbagitahu ibuku awal-awal kerana fikirkan aku dan adik aku tu.

...::hari aku balik awal tahun kira-kira dalam bulan 1, abang dah pergi bekerja kat KL. memang aku terkesima. aku pikir lps dia abih exam boleh la ronda-ronda ngan dia. masa aku nk bali duit biasiswa aku habis, ibu ak kirim duit untuk beli tiket. sampai rumah aku dapat tahu itu duit abang aku sempena penghargaan menjadi pelajar terbaik. aku rasa bersalah sangat kerana mengunakan duit penat lelah yang selama ini abang aku lakukan. sekarang aku lagi susah nak balik kerana sistem universiti ini makin pelik. satu je doa yang aku panjatkan semoga abang aku dapat result elok dalam exam dan senang untuk masuk universiti idaman dia.


...::meskipun aku banyak benda aku lakukan untuk gembirakan dia, tapi masih xdapat balas jasa dia. bagi aku selepas ibubapa aku, dia lar ibubapa aku yang ke-2 "aku sgt rindukan dia"


..:::aku rindu nak kumpul ramai-ramai.makan nasi satu meja. ini yang aku rindukan. apatah lagi ibuku mesti sangat rindukan anak-anak dia bergelak tawa ramai-ramai kan =peace=